Membawang Hari Ini

Yasmin Khanif Selamat Bergelar Isteri

Perkenalan kira-kira empat tahun lalu di sebuah majlis perkahwinan rakan menjadi titik permulaan yang membuahkan benih cinta buat pelakon filem kontroversi, Yasmin Khanif dengan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Humaizi Ibrahim.

Percintaan yang disulam dan disemai dengan kepercayaan akhirnya berakhir di jinjang pelamin apabila pasangan itu selamat dinikahkan kira-kira jam 2 petang semalam di rumah pengantin perempuan di Seksyen 6, Kota Damasara di hadapan sanak saudara tercinta.

Dengan sekali lafaz, Yasmin yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik selamat bergelar isteri kepada Humaizi yang ketika ini berkhidmat dengan TUDM di Pangkalan Labuan.

Hari ini, majlis persangan merpati dua sejoli itu berlangsung meriah dengan kehadirin tetamu di Perkampungan Pengantin di Danau Kota.

Majlis tambah berseri dengan kehadiran beberapa tetamu kenamaan termasuklah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan rakan artis tempatan, Zahida Rafiq.

Bercakap kepada Peraktoday.com, Yasmin berkata, beliau sendiri seolah-olah tidak percaya dirinya kini bergelar isteri kepada Humaizi yang dikenalinya kira-kira empat tahun lalu.

Mendambakan percutian bulan madu di Krabi, Thailand, pasangan pengantin baru ini tidak menolak rezeki Allah sekiranya dikurniakan cahayamata dalam masa terdekat ini, sekaligus menyerikan lagi rumahtangga mereka yang dibina atas dasar kepercayaan antara satu sama lain.

Yasmin yang turut membintangi beberapa filem dan drama tempatan menegaskan beliau berhenti berlakon dan akan menjadi suri rumah tangga sepenuh kerana mengikut suaminya yang bertugas di Labuan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasangan pengantin baru ini turut mengharapkan ahli keluarga agar mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.

Sementara itu, Humaizi berkata, pada mulanya beliau langsung tidak menyangka Yasmin merupakan seorang pelakon filem.

Namun, beliau katanya, bersyukur kerana perkenalan selama lebih empat tahun berakhir dengan ikatan perkahwinan meskipun terpaksa berjauhan dan dipisahkan oleh Laut China Selatan.

“Kami berdua berharap perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");