Membawang Hari Ini

2012 milik Songlap, Bunohan

MENGANGKAT kisah sekelompok masyarakat kecil di Kelantan ironinya Bunohan menjadi filem besar.

SEBELUM menjurus kepada perhitungan pulangan keuntungan serta kutipan tayangan di pawagam semata-mata, tahun 2012 sebenarnya menyaksikan kelahiran naskhah-naskhah filem tempatan yang wajar dijadikan bahan wajib tonton kepada seluruh penggemar filem.

Pemecah tradisi kepada senario filem Melayu abad baharu bagaimanapun milik Bunohan, filem terbaik pada Anugerah Skrin tahun ini. Gagal di pasaran dengan jumlah kutipan tiket sekadar RM0.78 juta (RM78,000), namun Bunohan menjadi fenomena dan membangkitkan diskusi radikal khalayak penggemar filem tanah air. Pengarahnya, Dain Said pula tercalon antara lima pengarah terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-55 (APFF55) di Macau yang berlangsung pada 13 hingga 16 Disember lepas.

Sebelum ke Macau, Bunohan juga muncul sebagai pemenang Golden Hanoman, penghargaan tertinggi di Festival Filem Asian Jogja-NETPAC ke-7 di Indonesia

Selain meniti puluhan festival filem bertaraf antarabangsa, Bunohan juga sempat menjadi kebanggaan negara kerana tercalon dalam senarai awal Filem Bahasa Asing Terbaik ke Anugerah Oscar tahun depan namun tidak layak ke senarai akhir. Antara trofi luar negara yang telah disandang Bunohan termasuklah Anugerah Rangkaian Untuk Promosi Pawagam Asia di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.

Filem Songlap pula, biarpun ditayangkan pada Disember 2011, ia dikira antara filem terbaik yang pernah dirakamkan pembikin filem generasi baharu tanah air dan menjadi buah mulut pada 2012. Menjelajah sehingga ke Jerman dan Abu Dhabi serta beberapa negara lain, Songlap juga menyertai APFF55. Filem itu telah menamakan Fariza Azlina Isahak sebagai antara lima penulis lakon layar terbaik Asia pada 2012 biarpun gagal membawa pulang anugerah di situ. Pada Anugerah Skrin 2012 juga, Songlap terdahulu menjadi penerima Anugerah Pengarah Filem Terbaik (Fariza Azlina/Effendee Mazlan).

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");