Membawang Hari Ini

Adele Daftar Paten Nama Elakkan Eksploitasi

Penyanyi Adele memfailkan permohonan untuk mempatenkan namanya di Pejabat Harta Intelek England di sini agar ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan eksploitasi.

Menurut laporan akhbar The Sun, penyanyi berusia 24 tahun itu bertindak demikian kerana dia bimbang jika namanya dikaitkan dengan produk tertentu yang tiada kena-mengena dengannya secara rasmi.

Portal The Mirror melaporkan, seorang sumber berkata, penyanyi itu tidak mahu sebarang bentuk eksploitasi dilakukan pihak tertentu yang menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi memperdayakan pengguna.

Susulan pendaftaran paten itu, Adele boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan namanya bagi tujuan pemasaran produk tanpa persetujuan pihaknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");