Berita Hari Ini

Beberapa Sungai Di Empat Negeri Melebihi Paras Amaran

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Rembau, Negeri Sembilan; Melaka Tengah; Melaka; Bentong dan Bera; Pahang serta Sibu, Sarawak agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi amaran.

Menurut portal JPS, setakat pukul 9 pagi ini bacaan paras air Sungai Rembau di Titian Bintangor di Rembau mencatat 6.40 meter, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar Melaka Tengah  (1.83 meter), Empangan Rempas di Bentong (113.67 meter) serta Sungai Triang di Triang Bera (34 meter) dan Sarawak Maritime di Sibu (2.85 meter).

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan kira-kira 66 orang mangsa banjir melibatkan 18 buah keluarga di dua kawasan di Selangor iaitu Gombak dan Kuala Langat ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Menurut portal MKN, manga banjir di Gombak seramai lapan orang melibatkan sebuah keluarga ditempatkan di Surau Kampung Laksamana, Gombak manakala seramai 58 orang mangsa melibatkan 17 buah keluarga di Kuala Langat ditempatkan di Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat.

Portal tersebut turut melaporkan, kesemua mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan itu adalah ekoran kejadian banjir iaitu di Gombak melibatkan kawasan Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Kampung Mahkota, Indian-Settlement, Kampung Arab, Kampung Gentian Sungai Tua dan Kampung Nakhoda manakala Kuala Langat melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit Changgang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");