Membawang Hari Ini

‘Brangelina’ Hadiahkan Anak-Anak Barangan Kelab Bola Sepak Sempena Krismas

Pasangan pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt atau ‘Brangelina’ menghadiahkan set jersi dan barangan pasukan bola sepak kegemaran anak-anak mereka pada perayaan Krismas ini.

Enam anak pasangan berkenaan iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne dikatakan mulai cenderung pada sukan bola sepak selepas banyak menghabiskan masa di United Kingdom (UK) pada tahun ini ekoran komitmen lakonan ibu bapa mereka di sana.

The Sun melaporkan, susulan itu Jolie menguruskan penghantaran set jersi dan barangan pasukan bola sepak kegemaran anak-anaknya ke rumah mereka di Hollywood sebagai hadiah Krismas.

Keluarga selebriti tersebut dikatakan meraikan perayaan itu di Amerika Syarikat pada tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");