Laporan Eksklusif

Dakwa Tidak Dapat Bantuan Kerajaan PAS, SAR Di Kedah Mohon Bantuan TPM

Setiausaha Lembaga Tadbir, Sekolah Menengah Kebangsaan Taufikiah Khairiah Al Halimiah, dekat Gurun hari ini mendakwa pihak sekolahnya tidak pernah menerima apa-apa bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) daripada kerajaan PAS yang memerintah negeri sejak akhir-akhir ini.

Beliau juga percaya, sekolah agama rakyat pondok ataupun maahad tahfiz sekitar negeri itu juga tidak dibantu walau sesen pun oleh kerajaan negeri yang mentadbir.

“Istilah Sekolah Agama Rakyat telah diputar-belitkan sesuai dengan janji yang ditabur dalam manifesto PAS dalam pilihanraya lepas,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Guru-guru SAR Pondok Peringkat negeri Kedah di Yan, petang tadi.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Muhkriz Tun Mahathir.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga menzahirkan hasrat agar semua kepimpinan di pelbagai peringkat sudi turun padang membantu SAR di negeri berkenaan.

“Kami harap Tan Sri dan Kementerian Pendidikan dapat meningkatkan bantuan kepada sekolah agama rakyat demi kemajuan anak bangsa dan agama samada sebelum atau selepas pilihan raya,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa supaya tiada pihak yang menjadikan isu SAR sebagai medan fitnah.

Sebelum mengakhiri ucapan, Jamil Khir sempat mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana sudi mengadakan pertemuan dengan wakil guru SAR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");