Program Basmi Kemiskinan

Enggan Keluar Dari Hutan, Ibu Minta Menteri Besar Pujuk Anak

Seorang ibu hari ini tampil meminta pertolongan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk memujuk anaknya keluar dari kawasan hutan simpan dekat Simpang Pulai.

Tindakan itu diambil selepas si ibu berasa bingung dengan tindakan anaknya yang enggan meninggalkan kawasan hutan yang turut menjadi lokasi aktiviti perkhemahan.

Bimbang dengan tindakan si anak yang berlarutan berbulan lamanya, ibu berkenaan terpaksa melawat anaknya setiap hujung minggu.

Bercakap kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna dekat Ipoh, Zambry berkata, beliau akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi ibu berkenaan dengan kadar segera.

“Saya akan minta pegawai turun membantu atau sekiranya ada kelapangan masa, saya sendiri akan cuba bantu ibu tersebut,” katanya.

Beliau berkata, ibu terbabit juga memohon kepadanya agar memikirkan sama bagaimana cara untuk membawa anaknya keluar dari hutan terbabit.

Berdasarkan aduan ibu berkenaan, setelah menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi, anaknya telah bekerja dan berhenti sebelum memasuki hutan tersebut bagi menjalani kehidupan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Tambah Dr Zambry, masalah yang dialami ibu berkenaan adalah antara masalah rakyat yang wajar diberi pertolongan selepas dibangkitkan pada Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada setiap Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");