Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

FPLR Pangkor Perjuang, Angkat Martabat Bahasa Melayu Ke Persada Dunia

Selain menyediakan pentas kepada penyair berkarya, Festival Puisi dan Lagu Rakyat (FPLR) Pangkor juga menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Perak untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu ke persada dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata festival itu yang masuk tahun ketiga penganjurannya telah menjadi pentas bagi penyair tempatan dan antarabangsa berkumpul dan berkarya dalam usaha mengembangkan lagi seni dan budaya warisan.

“Penyair yang menyertai festival ini menyampaikan puisi mereka dalam Bahasa Melayu dan kita harap melalui usaha ini, martabat bahasa pengantara ini dapat ditingkatkan lagi di masa akan datang.

“Selain itu, kehadiran penyair dari Indonesia dan Brunei menjadi satu kejayaan bagi pihak penganjur untuk mengangkat festival ini di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan FPLR Pangkor 3 yang berlangsung di Arena Pangkor, dekat Pulau Pangkor, hari ini.

Sementara itu, Zambry berkata, pada tahun depan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjadi penganjur bersama festival itu yang turut mendapat sokongan Institut Terjemahan Negara dan persatuan penulis tempatan.

Sehubungan itu, beberapa penambahbaikan akan dilakukan pihak penganjur bagi memastikan festival itu mencapai matlamat yang diharapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, negeri Perak juga kata Zambry, akan menjadi tuan rumah kepada Kongres Puisi Sedunia yang dijadual berlangsung September tahun depan.

Bandaraya Ipoh katanya, dipilih sebagai lokasi penganjuran kongres yang bakal menghimpunkan pemuisi dari seluruh dunia.

“Kita telah memberi persetujuan untuk mengadakan acara tahunan ini dan Perak bakal menjadi tuan rumah kepada Kongres Pemuisi Sedunia 2013.

“Diharapkan penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini dapat menarik ramai penyair terkenal dari seluruh dunia berkunjung ke negeri Perak,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");