Berita Hari Ini

Gaji Minimum Di Stesen Minyak Akan Dilaksana Mulai 1 Januari

Kira-kira 3,600 stesen minyak di seluruh negara akan menetapkan gaji minimum untuk pekerja mereka, mulai 1 Januari 2013.

Gaji di stesen minyak di Semenanjung akan dinaikkan sehingga RM900, manakala Sabah dan Sarawak pula sehingga RM800.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, langkah itu dijangka meningkatkan kos operasi sebanyak 30%.

“Kos operasi akan naik, bukan gaji sahaja, tetapi juga KWSP, Perkeso, kadar lebih masa lebih tinggi… keseluruhan struktur, segala-galanya akan meningkat,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau berkata, hasilnya, premis akan perlu mengurangkan kos, termasuk menaik taraf semua stesen dengan kemudahan layan diri dan mengurangkan tenaga kerja.

Hashim berkata, beliau menjangkakan separuh daripada semua pekerja asing yang bekerja di premis itu tidak akan diperbaharui kontrak mereka.

Dianggarkan 70% daripada pekerja 50,000 stesen minyak Malaysia adalah warga asing.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");