Perak Hari Ini

Ganesan Minta Polis Siasat Dalang Penyebaran DVD Seks

Speaker Perak, Datuk R Ganesan hari ini tampil membuat laporan polis terhadap penerbitan dan penyebaran cakera padat digital (DVD) lucah yang mengaitkan dirinya seperti yang didakwa pihak pembangkang, semalam.

Beliau berkata, empat wakil rakyat DAP iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, Adun Tronoh, V Sivakumar dan Adun Buntong, S Subramaniam telah mengadakan sidang akhbar di Bangunan SUK Perak berkaitan penemuan sampul surat yang dihantar melalui pos laju, tengah hari semalam.

Katanya, sampul surat itu mengandungi satu cetakan daripada laman web National Express Malaysia bertarikh 27 Julai 2012 dan terdapat juga gambarnya bersama seorang wanita dalam aksi lucah dilekatkan atas kulit DVD berkenaan.

“Penyebaran cetakan dan DVD itu dilakukan untuk mengaibkan dan memfitnah saya secara jenayah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh, pagi ini.

Beliau berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penerbitan semula dan penyebaran DVD itu di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan atau 499 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain.

“Saya juga akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam perkara ini,” katanya lagi.

Ditanya samada tindakan penyebaran artikel dan DVD lucah itu ada kena-mengena dengan ura-ura beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, Ganesan berkata, semua itu terpulang kepada budi bicara dan keputusan Presiden MIC.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu dan Presiden MIC akan buat keputusan siapa yang bertanding dan sebagainya,” jelas Ganesan lagi.

Pada sesi perbahasan Bajet 2013, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Adun Melintang, S Kevasan membangkitkan persoalan mengenai kekerapan Ganesan turun padang ke kawasan Hutan Melintang sejak kebelakangan ini.

Ganesan kemudiannya menjawab, beliau kerap turun ke Hutan Melintang kerana dijemput pemimpin di sana dan sebagai Speaker, beliau boleh melawat atau turun padang ke mana-mana 59 DUN Perak tanpa sebarang halangan.

“Saya sekadar memenuhi jemputan yang diterima tetapi wakil rakyat pembangkang seperti Adun Pantai Remis dan Adun Pasir Panji tidak pernah menjemput saya datang ke kawasan mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");