Perak Hari Ini

Hadi Awang beremosi, dipengaruhi sikap bongkak ilmu: Ahli Parlimen Parit

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai seorang yang terlalu beremosi dan dipengaruhi sikap bongkak ilmu sehingga sanggup mengeluarkan ‘Amanat Haji Hadi’ 31 tahun lalu.

Ahli Parlimen Parit, Drs. Mohd Nizar Zakaria berkata, Abdul Hadi perlu menarik semula amanat mengkafirkan UMNO itu demi perpaduan orang Melayu dan kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, beliau juga perlu bertaubat dengan kesalahannya itu yang dilihat berpunca dari sikap fanatiknya pada ketika itu.

“Dia (Abdul Hadi Awang) menjadi ikutan kepada pengikut ekstrim yang begitu taksub di kalangan ahli PAS.

“Malahan pengikut PAS menjadikan amanat tersebut sebagai pegangan hidup mereka sekaligus memecah belahkan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.

“Sehubungan itu, (Abdul) Hadi (Awang) dilihat sebagai penyebab utama berlakunya isu kafir mengkafir, sembelihan haiwan korban, solat dua imam, solat Jumaat berasingan dan pengurusan jenazah,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah terakhir bagi menamatkan isu tersebut, Abdul Hadi perlu mengenepikan sikap emosi dan bongkak ilmunya itu dengan menarik semula amanat yang dibuatnya itu.

Mohd Nizar berkata, sebagai seorang manusia biasa kita tidak lepas daripada melakukan sebarang kesalahan dan menjadi tanggung jawap semua untuk meminta maaf terhadap apa yang pernah dilakukan terdahulu.

– NOORAINI MAHAMAD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");