Membawang Hari Ini

Hidup Jennifer Lopez Musnah Kerana Perceraian

PENYANYI Jennifer Lopez menyifatkan penceraiannya dengan Marc Anthony kira-kira enam bulan lalu telah memusnahkan hidupnya yang inginkan sebuah keluarga bahagia.

Menurut laporan portal Femalefirst, dia menganggap keadaannya itu telah mencalarkan nama baik keluarganya sekali gus telah membuatkan perjalanan hidupnya kelihatan seperti tidak sempurna.

“Saya telah melalui penceraian dan memiliki sebuah keluarga yang berpecah belah. Ia telah memusnahkan diri saya kerana keluarga merupakan segala-galanya untuk saya.

“Bagaimanapun saya bukannya wanita yang suka meratapi kesedihan dengan mengurung diri berbulan-bulan.

“Diakui saya ada membuat begitu tetapi kemudian saya fikir walau apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan juga,” katanya.

Penyanyi berusia 43 tahun itu telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun bersama Mark dan bercerai pada Julai lalu.

Hasil hubungan itu, mereka memiliki sepasang anak kembar Max dan Emme yang berusia empat tahun.

Jennifer kini sedang menjalinkan hubungan cinta pula dengan penarinya yang baru berusia 25 tahun, Casper Smart.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");