Berita Hari Ini

Jalan Utama Di Bukit Bintang Ditutup Sementara Pada Waktu Malam Mulai Rabu

Jalan utama di Bukit Bintang akan ditutup buat sementara waktu selama empat hari mulai Rabu untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT).

Lorong paling kanan akan ditutup mulai Rabu hingga Khamis manakala lorong paling kiri mulai Jumaat hingga Sabtu, kata MRT Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penutupan itu meliputi jarak sepanjang 50 meter di kedua-dua hala bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi.

Penghadang keselamatan, kon trafik serta petugas akan ditempatkan bagi memberitahu dan mengawal pengguna jalan yang lalu di kawasan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MRT www.mmymrt.com.my atau hubungi talian 1800-82-68686 atau twitter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");