Membawang Hari Ini

Justin Bieber Mula Berani Hisap Ganja

AKHIR-AKHIR ini, tingkah laku Justin Bieber semakin tidak terkawal apabila dia mula berani mengambil dadah jenis ganja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya tidak senang duduk.

Menurut laporan Contactmusic, Justin dikatakan enggan mengambil peduli dengan nasihat orang sekeliling yang berusaha menjaga nama bersihnya.

“Justin seolah-olah tidak peduli bahawa tabiatnya itu dapat mengancam karier nyanyiannya.

“Dia melakukan apa yang diinginkan dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapapun,” kata sumber.

Tambah sumber itu, Justin sering dikelilingi oleh orang yang suka memanjakannya dan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak penyanyi berusia 18 tahun itu.

Perkara tersebut membuatkan tingkah laku Justin menjadi rosak gara-gara terlalu diberi muka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");