Membawang Hari Ini

Kate Winslet Nikah Kali Ketiga Secara Rahsia

Pemenang anugerah Oscar iaitu pelakon Kate Winslet telah berkahwin untuk kali ketiga dalam satu majlis rahsia dengan Ned Rocknroll iaitu anak saudara kepada Richard Branson, lapor akhbar The Sun pada Khamis.

Winslet, 37, yang digelar sebagai bintang “Titanic” hasil lakonan hebatnya dalam filem itu dengan Leonardo DiCaprio dilaporkan telah bernikah pada awal Disember lalu dalam majlis yang dihadiri oleh kawan rapat.

Suami baru Winslet yang berusia 34 tahun itu telah menukar namanya kepada Abel Smith dan bekerja secara sambilan membantu syarikat pakciknya Virgin Galactic.

Mereka dikatakan mula mengenali di antara satu sama lain pada tahun lalu.

Winslet pertama kali berkahwin pada tahun 1998 dengan Jim Threapleton, yang merupakan penolong pengarah “Hideous Kinky” di mana dia membintangi karya itu.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Mia Madu, pada tahun 2000 tetapi berpecah pada tahun berikutnya.

Suami keduanya ialah Sam Mendes, pemenang Oscar bagi pengarah British menerusi “American Beauty.”

Mereka berkahwin dalam satu majlis di Pulau Caribbean, Anguilla pada Mei 2003 dan mendapat seorang anak iaitu Joe Alfie.

Bagaimanapun pada tahun 2010, mereka mengumumkan untuk bercerai secara baik.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");