Membawang Hari Ini

Kenangan 2012: Pencapaian Merosot Wajar Diperbaiki

Saban tahun, dunia seni tempatan sering diwarnai dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang mampu menjadi kebanggaan.

Namun sepanjang 2012, tidak banyak pencapaian yang benar-benar memberi impak terhadap dunia seni selain daripada penyanyi Shila Amzah yang berjaya meraih pelbagai trofi tidak kira di dalam mahupun luar negara.

Walaupun pencapaian agak merosot, ia haruslah dijadikan panduan agar 2013 mampu memberi sinar baru bagi memulihkan semula segala kelemahan yang telah berlaku.

Berikut adalah antara pencapaian yang harus dibanggakan.

1. Shila Amzah harumkan nama di luar negara

Kejayaan anak kepada penyanyi ND Lala ini sangat luar biasa. Penyanyi berusia 22 tahun itu telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave Berlangsung di Shanghai, China, sekali gus menjadi juara menewaskan penyanyi-penyanyi hebat dari pelbagai negara lain yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu.

Kemudian, lagu ciptaannya Patah Seribu turut diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung pada 17 November lalu.

Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam Asian Wave 2012.

Selain itu, Shila turut disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World’s Best Female Artist) dan Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World’s Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards.

Anugerah berprestij yang akan diadakan di Miami, Florida, Amerika Syarikat turut mencalonkan nama-nama besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Rihanna dan Kelly Clarkson.

2. M.Nasir ungguli kutipan royalti

Sejak mula diadakan pada tahun 1995, penulis lirik, komposer, dan penyanyi tersohor dalam industri muzik tempatan, Datuk M. Nasir masih lagi mengungguli Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) buat kali ke-13 berturut-turut.

Ini memperlihatkan sepanjang 2012, M.Nasir mendapat kutipan royalti tertinggi menerusi karya-karya ciptaannya.

Ternyata lagu-lagu penyanyi yang dipanggil ‘Sifu’ ini masih lagi menyengat halwa telinga pendengar.

3. Bunohan dicalonkan dalam Academy Awards

Filem arahan Dain Said yang diterajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim ini telah dicalonkan untuk kategori “Best Foreign Language Film” dalam Academy Awards ke 85 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Bunohan tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari 2013 nanti.

Biarpun belum pasti tentang nasibnya, tetapi pencalonan ini adalah satu kebanggaan terhadap negara.

Filem ini turut meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Skrin 2012 (ASK2012).

4. Yuna muncul di stesen TV Amerika Syarikat

Bukan senang untuk artis Malaysia dijemput untuk membuat persembahan di salah satu rancangan paling popular di Amerika Syarikat (AS).

Yuna, penyanyi kelahiran Perak ini telah membuat persembahan pertamanya di stesen televisyen nasional negara itu dalam rancangan Conan O’Brien dengan membawakan lagu single pertamanya Live Your Life pada 2 April lalu.

Antara selebriti yang pernah muncul dalam rancangan kendalian Conan O’Brien ini termasuklah Jeniffer Garner, Shaquille O’Neal, Marisa Miller, Lindsay Lohan dan juga Tom Hanks.

Selain itu, penyanyi itu turut membuat persembahan di rancangan popular AS CBS This Morning: Saturday menerusi lagu Lullabies.

5. Kemenangan berganda Khabir Bhatia

Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bonda, diangkat sebagai Drama Terbaik ASK 2012 pada 9 November lalu.

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan dua kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.

6. Salam Muzik buat kejutan AIM19

Penyanyi berkumpulan Salam Musik membuatkan ramai yang terkejut apabila mereka meraih kemenangan bagi Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Terpaksa akur apabila lagu-lagu mereka lebih dikenali berbanding anggota kumpulan itu sendiri, kumpulan yang dianggotai seramai sembilan orang itu sebenarnya popular dengan lagu Alamak, Cerita Kedai Kopi dan Alamak.

Kumpulan itu terdiri daripada Tahlal Sahnan, Eyza Bahra, M.Irhas (Payung), Bulya, Firdaus Aziz (Djambul), Ferdaus Nadzir (Ferdy). Ammmar Habir dan Kamal Razali.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");