Perak Hari Ini

Kor Ming Terus Berdolak-dalih, Enggan Beri Keterangan Kepada Polis

Sehingga hari ini, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming masih berdegil dan enggan memberi kenyataan kepada polis berhubung ugutannya terhadap Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya cuba membangkitkan isu lain bagi mengalih perhatian rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Hamidah yang juga Adun Sungai Rapat, berkata pihak polis telah meminta Kor Ming tampil untuk memberi keterangan berhubung ugutan terhadap dirinya kerana mendedahkan skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak pada sidang DUN lalu.

“Sehingga hari ini, beliau gagal memberi keterangan berkaitan ugutan itu sebaliknya Adun Tronoh, V Sivakumar pula yang tampil membuat laporan polis.

“Saya kecewa dengan sikap beliau itu dan jika saya telah membuat laporan palsu berhubung ugutan itu, maka Kor Ming sendiri yang patut buat laporan polis dan bukannya Sivakumar kerana pada masa itu, dia tidak ada di situ.

“Walaupun sudah diminta datang untuk memberi keterangan, Kor Ming tidak hadir dan difahamkan Timbalan Pendakwa Raya akan keluarkan arahan untuk meminta beliau hadir beri keterangan berhubung laporan polis saya terhadap ugutan yang dibuat olehnya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo dan Kor Ming katanya, perlu menjelaskan dari mana sumber wang diperolehi untuk menyediakan dana RM31 juta bagi membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB), seterusnya mengusahakan tanah pajakan daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar di Mukim Relai, dekat Gua Musang.

“Mereka masih berdolak-dalih mengenai perkara ini dan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan isu lain pula.

“Cara paling terbaik ialah beliau tampil mendedahkan dan menjelaskan perkara yang sebenar,” katanya lagi.

Pada 22 Disember lalu, Hamidah membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan ugutan terhadapnya selepas mendedahkan skandal pemilikan tanah milik kerajaan Pas Kelantan.

Bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya, Hamidah membuat laporan polis selepas menerima ugutan ‘you revealed, watch out, I will go after you’ daripada Kor Ming ketika sedang berada di dewan makan sidang DUN Perak, pada 20 Disember.


Kor Ming menafikan perkara itu dan mendakwa Hamidah membuat laporan palsu kepada pihak polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");