Perak Hari Ini

Kutipan Cukai Lebih RM124 bilion, Lepasi Sasaran Awal: Ahmad Husni

Hasil perolehan cukai tahunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 28 Disember melepasi sasaran awal apabila memperoleh kutipan berjumlah RM124.692 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sasaran awal kementerian kewangan (MoF) ialah sebanyak RM109,099 bilion dan berdasarkan kutipan cukai yang memberangsangkan, ia meningkat kepada RM123.825 bilion.

“Pada tahun 2011, kita mengutip RM109.610 bilion dan ia meningkat kepada 13.76 peratus atau RM124.692 bilion tahun ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Umno Bahagian Tambun, di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, pertumbuhan kutipan cukai tinggi LHDN ialah berdasarkan strategi LHDN melalui penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam aktiviti pemungutan cukai.

“Kita telah meletakkan KPI meliputi 10 aspek iaitu kutipan hasil, akaun belum terima, kecekapan kos pungutan, audit ( luar dan meja), siasatan, bayaran balik, memperluaskan asas cukai, perkhidmatan elektronik LHDNM (e-Filing), latihan dan kompetensi pegawai dan staf.

“Jawatankuasa Pemantauan KPI juga membuat pemantauan setiap dua minggu bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai,” katanya.

Selain itu, penyelesaian kes audit sebanyak 1,898,956 berjumlah RM2.94 bilion telah direkodkan, meningkat sebanyak RM207 juta berbanding tahun lalu.

Ahmad Husni turut menjangkakan jumlah kutipan cukai sehingga 28 Disember akan terus meningkat dalam tempoh beberapa hari yang masih berbaki bagi tahun 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");