Membawang Hari Ini

Makan lewat malam

Penyanyi, Nassier Wahab yang pernah popular pada era 80-an dan awal 90-an sudah berusia 50 tahun.

Tetapi beliau kelihatan jauh lebih muda daripada usianya. Sekali pandang pada wajah dan susuk tubuh, Nassier seperti lelaki yang berusia lewat 30-an.

Apa rahsia? Ketika berpeluang berbual pada satu majlis meraikan pesara sebuah organisasi, Nassier berkata, beliau tidak makan malam dan kurang mengambil nasi.

??Kita banyak dicorakkan oleh makanan. Saya tidak pernah tergoda untuk makan secara berlebihan,?? katanya.

Selain itu, Nassier kerap berjoging. ??Satu lagi, banyaklah senyum. Senyuman itu penawar.??

Amalan tersebut menurut Nassier menjadikan beliau sihat, cergas dan lebih yakin.

Ketika ramai lelaki sekitar usia tersebut termasuk Awang, malahan juga sebahagian artis sudah berperut boroi, Nassier tetap segak sebagaimana ketika dia mula-mula menyanyi 30 tahun lalu.

– UTUSAN MALAYSIA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");