Jenayah

Maut terkena renjatan elektrik

Anggota polis membantu mengangkat mayat Mohamad Hafiz.

BALING – Seorang lelaki ditemui mati di dalam tali air di Kampung Mengkuang Masjid di sini kira-kira jam 7.10 malam, kelmarin.

Mohamad Hafiz Harun, 24, dari Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang dekat sini ditemui dalam keadaan terlantar di tepi tebing dipercayai terkena renjatan elektrik yang digunakan untuk menangkap ikan.

Ayah mangsa, Harun Bidin, 51, berkata, anaknya itu keluar rumah pada jam 2 petang tanpa memaklumkan kepadanya dan keluarga.

Menurutnya, dia dan dan keluarga risau setelah mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya.

“Saya terus mencari mangsa di sekitar kampung dan terkejut mendapati anak terkulai di tepi tebing,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang masih belum berumah tangga itu bekerja kampung dan sering membantu ayahnya mengerjakan sawah.

Harun berkata, dia reda dengan keadaan itu walaupun anaknya hilang dalam sekelip mata.

“Dia (Mohamad Hafiz) sering bantu saya, dia anak yang baik dan disenangi penduduk setempat. Saya tidak menyangka keadaan akan jadi begini,” katanya.

Mayat mangsa dibawa keluar pada jam 9 malam sebelum dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mat Daud turut menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mengancam keselamatan mereka.

“Menuba ikan ataupun menggunakan renjatan elektrik untuk menangkap ikan amat berbahaya dan ianya salah dari segi undang-undang,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");