Berita Hari Ini

Maybank tawar moratorium kepada mangsa banjir

Maybank akan menawarkan moratorium bayaran bulanan pinjaman dan pengecualian caj tertentu bergantung keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang serta di kawasan lain yang terjejas.

Penangguhan bayaran ini diberi kepada pelanggan perbankan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perbankan pengguna beruatkuasa 1 Januari hingga 30 Jun 2013, kata Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti bank itu, Lim Hong Tat, dalam kenyataannya.

Beliau berkata, ini kali keenam Maybank menawarkan moratorium itu kepada para pelanggannya.

“Kami bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas pelanggan dan berharap kemudahan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban ketika mereka berdepan dengan keadaan sukar sekarang,” katanya.

Hong Tat berkata, Maybank akan memproses permohonan bantuan tambahan mengikut keperluan pelanggan dan ia meliputi bagi kemudahan perkhidmatan konvensional dan Islam yang telah diberikan.

Kenyataaan itu menyenaraikan antara bantuan yang diberi termasuklah penangguhan bayaran bulanan mengikut keperluan bagi pinjaman pengguna dalam perbankan perniagaan, pinjaman dan pembiayaan automotif dengan maksimum sehingga enam bulan.

Selain itu bank itu memberi pengecualian caj terhadap permohonan penggantian kad ATM, buku cek dan buku akaun yang musnah ketika kejadian banjir.

Bank itu juga sedia menyemak permohonan daripada pelanggan kad kredit mengikut kerperluan, pengecualian caj bayaran lewat atau caj kewangan dan permohonan meningkatkan had kad kredit.

Pelanggan bank boleh mendapatkan maklumat lanjut tawaran dengan menghubungi hotline Maybank 1-300-88-6688 atau mendapatkan bantuan daripada cawangan bank itu yang terdekat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");