Isu Panas

MB Kedah: ‘Saya kuat lagi, akan terus tanding’

Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan.

“Tengok la keadaan…kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, sayapun nak tanding juga,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat Kuala Nerang, Ahad.

Azizan berkata, dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");