Perak Hari Ini

MB Perak Arah SSI Timbang Tindakan Undang-undang Terhadap PAS

Kerajaan Perak melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) akan menimbang tindakan undang-undang terhadap PAS Perak yang menuduh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjual Rumah Perak di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harakah, kira-kira dua yang bulan lalu.

Bercakap kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi, Dr Zambry berkata, tuduhan Pemuda PAS negeri itu sangat melampau dan keterlaluan.

“Semalam, mereka sekali lagi membangkitkan isu itu dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat salah guna kuasa membabitkan Rumah Perak.

“Sebelum ini, mereka tuduh saya jual Rumah Perak di Pulau Pinang dan saya minta pihak SSI melihat dari sudut perundangan terhadap PAS Perak kerana ia tuduhan yang serius,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry menegaskan, sebelum ini, Pemuda PAS Perak juga telah membuat tuduhan membabi-buta terhadap Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang akhirnya terbukti sekadar fitnah selepas mereka bertemu dan mendengar sendiri penjelasan daripada Exco Pelajaran, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

“Mereka (pembangkang) sengaja membangkitkan isu Rumah Perak untuk mengalih perhatian rakyat terhadap skandal rasuah yang dilakukan kroni PAS, iaitu dua pemimpin DAP Perak yang hangat diperkatakan ketika ini,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, jika PAS mementingkan nilai dan ajaran Islam yang menjauhi fitnah, Pemuda PAS seharusnya memeriksa dahulu fakta dan bukannya membuat tuduhan untuk menyedapkan telinga semata-mata.

Zambry menjelaskan, beliau menafikan menjual Rumah Perak seperti yang didakwa oleh Pemuda PAS negeri sebaliknya di peringkat awal perancangan lagi, bangunan yang sudah uzur itu akan dibangunkan semula oleh SSI.

Tambahnya, rumah tetamu masih dikekalkan dan kini menjadi Pusat Informasi Pelancong.

“Setiap perkara dan tuduhan ada hadnya dan kita lihat sendiri bagaimana wakil rakyat pembangkang bersikap angkuh dengan mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Barisan Nasional (BN).

“Mereka juga mengatakan tidak akan timbul huru-hara jika mereka mentadbir semula Perak tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

“Apabila berlaku peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR), tidak berlaku sebarang huru-hara tetapi apabila peralihan kuasa berlaku daripada PR kepada BN, siapakah yang mewujudkan huru-hara di Perak?, katanya lagi.

.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");