Membawang Hari Ini

Mila jual sate?

Sekian lama menyepi dalam industri hiburan, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Mila Jirin sebenarnya masih lagi aktif dalam bidang nyanyian.

Menurut Mila, kini dia masih lagi memenuhi undangan persembahan untuk majlis makan malam atau korporat dan pada masa yang sama penyanyi genit ini rancak menguruskan syarikatnya, Luvmila Corporation Sdn Bhd (LCSB).

Terbaru, syarikatnya diberi kepercayaan menguruskan karnival, 1001 Rasa Sate Kajang 2012, yang dijalankan pada minggu lalu di Kajang.

Katanya, selain dapat melebarkan perusahaan syarikatnya, karnival itu turut memberi peluang kepada dirinya bertemu peminat yang sudah lama tidak mendengar khabarnya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");