Laporan Eksklusif

Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Taufan Bopha KP1M Berangkat ke Filipina


Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Taufan Bopha Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) mula berangkat ke Davao, Filipina hari ini.

Kumpulan kedua misi berkenaan seramai, 42 orang yang terdiri di kalangan doktor pakar serta kumpulan media menaiki pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) di Subang, Selangor pagi tadi.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika berucap di majlis perlepasan sukarelawan misi berkenaan berkata, sebanyak 11 tan ubat-ubatan telah dibawa ke Filipina bagi membantu mangsa ribut itu.

Beliau menambah, sebanyak 32 tan barangan bantuan berupa makanan serta keperluan lain akan dibeli di sekitar bandar Davao.

“Kumpulan pertama KP1M yang telah pun berada di Filipina telah memaklumkan kepada kita mengenai keperluan yang diperlukan oleh mangsa ribut.

“Jadi hari ini, kita bawa ubat-ubatan dari Malaysia dan selebihnya akan dibeli di Davao sahaja,” katanya.

Abdul Azeez menambah, berikutan taufan Bopha telah meragut ratusan nyawa rakyat Filipina selain memusnahkan rumah maka KP1M akan lebih mengfokuskan aspek perubatan dalam misi itu.

Katanya, keadaan di rakyat Filipina di Davao sekarang begitu susah dan daif akibat bencana alam yang berlaku.

Justeru, sebagai negara jiran, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui KP1M tampil untuk menghulurkan bantuan.

“Kita difahamkan keadaan rakyat di sana sangat teruk… Jadi kita tolong apa yang patut.

“Banyak rumah yang musnah…malah penempatan untuk mangsa juga dalam keadaan sesak ditambah dengan kesedihan bagi yang kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Azeez lagi kedatangan sukarelawan KP1M telah mendapat sokongan dari kerajaan tempatan melalui pihak tentera serta Datuk Bandar Davao sendiri.

Justeru katanya, aspek keselamatan peserta misi akan dijaga dengan rapi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");