Sukan Hari Ini

Misi pertahan ibu emas

Ong Kim Swee (kanan) memberi penerangan kepada skuad Harimau Muda A semasa menjalani latihan di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menggangap 2013 adalah tahun paling penting buatnya untuk merencana strategi mempertahankan pingat emas Sukan SEA yang dimenangi negara dua kali berturut-turut.

Malaysia mula menjuarai bola sepak Sukan SEA pada 2009 ketika itu di bawah bimbingan jurulatih Datuk K. Rajagobal sebelum Kim Swee menyambung kecemerlangan mempertahankan emas pada temasya 2011.

“Sasaran utama kami adalah untuk mempertahankan emas Sukan SEA pada 2013 di Myanmar.

“Untuk mempertahankan kejuaraan yang telah dimiliki adalah sesuatu yang sukar tambahan pula apabila kami adalah juara dua kali berturut-turut malah semua pasukan mahu menewaskan kami,” kata Kim Swee dalam web rasmi Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) www.aseanfootball.org.

Sementara itu, Kim Swee turut memberitahu pasukannya telah mempamerkan aksi kompetitif selepas memenangi emas Sukan SEA serta menjuarai Piala Thanh Nien di Vietnam menerusi skuad bawah 21 tahun.

“Kami tidak boleh duduk diam dengan pujian sahaja, sebaliknya dalam masa yang sama pasukan lain meningkat naik.

“Sebab itu kejohanan tersebut penting buat kami untuk menilai tahap keupayaan pasukan selain melihat keupayaan pasukan lawan.

“Tempoh akhir tiga bulan sebelum Sukan SEA di Myanmar adalah penting buat kami kerana pada ketika itu, saya akan memiliki pemain utama dalam pasukan,” jelas Kim Swee.
-Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");