Perak Hari Ini

MYDIN Sedia Kemudahan Bilik Penyusuan Susu Ibu Kepada Pengunjung

Di atas keprihatinan terhadap ibu yang menyusukan bayi, MYDIN Mohamed Holding Berhad (MYDIN) hari ini melancarkan program “Breastfeeding Is Welcome Here” sebagai usaha membantu pengunjung pasaraya menyusukan anak dengan mudah dan selesa.

Perasmian pelancaran bilik penyusuan bayi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Saripah Zulkifli.

Beliau berkata, pelancaran bilik penyusuan bayi itu merupakan usaha murni yang di ambil oleh pihak pasaraya yang sentiasa menghormati dan menyokong penuh ibu yang menyusukan bayi.

“Walaupun penyusuan susu ibu nampak seperti sesuatu perkara yang kecil dan remeh tetapi bagi seorang ibu, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Kempen Penyusuan Susu Ibu di Mydin Meru Raya, hari ini.

Pasaraya Mydin di cawangan Meru Raya merupakan antara yang terulung menyediakan kemudahan bilik penyusuan susu ibu yang direka khas memudahkan ibu menyusukan bayi atau memerah susu dengan selesa.

Lokasi bilik penyusuan juga ditempatkan di kawasan yang strategik dimana mudah didatangi dan dibuka pada setiap masa.

Disamping itu, ia juga dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan mengenai penyusuan ibu dan pemakanan.

Pengurusan pasaraya Mydin itu juga berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak kemudahan untuk ibu yang menyusukan bayi di cawangan-cawangan yang lain berdasarkan sambutan positif yang diterima.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");