Perak Hari Ini

Nga Kor Ming Takut Bagi Kenyataan Kepada Polis, Sivakumar Buat Laporan Polis

Sepandai-pandai pemimpin Cina DAP Perak yang cuba mengelirukan rakyat dalam isu tanah di Kelantan, akhirnya mereka sendiri yang kelihatan bodoh.

Pada 22 Disember 2012, YB Dato Hamidah telah membuat laporan polis terhadap Nga Kor Ming kerana Nga telah mengugut YB Dato Hamidah semasa di dewan makan Dewan Undangan Negeri.

Nga Kor Ming telah datang ke mejanya lalu menuding jari dengan berkata “You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.

Apabila pihak polis memanggil Nga Kor Ming untuk memberi ‘statement’, beliau langsung tidak hadir dan bukan itu sahaja, dia tidak pernah menjawab panggilan daripada pihak polis.

Dalam masa yang sama, Nga Kor Ming menuduh YB Dato Hamidah membuat laporan palsu dan meminta polis menangkap YB Dato Hamidah.

Nga Kor Ming juga mengarahkan Sivakumar Adun Tronoh untuk membuat laporan polis terhadap YB Dato Hamidah kononnya YB Dato Hamidah buat laporan polis palsu.

Kan bodoh namanya bagaimana V. Sivakumar boleh membuat laporan polis sedangkan dia sendiri pun tidak ada semasa ugutan dibuat terhadap YB Dato Hamidah.

Inilah menunjukkan pemimpin DAP sengaja mempermainkan undang-undang mungkin kerana ramai balaci Melayu yang setia berada di belakangnya, yang mampu digerakkan bila-bila masa sahaja.

– Sungai Rapat Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");