Berita Hari Ini

Noh sedia penjelas isu tender benih padi

Kuala Lumpur: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sedia menjawab kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mendakwa tiada ketelusan dalam proses tender pembekalan benih padi kementeriannya.

Noh berkata, beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta tarikh untuk beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Abdul Khalid serta semua anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

 “Saya akan tulis surat. Esok (Isnin) saya akan masuk pejabat, saya akan tulis immediately (segera)… mereka tak perlu tulis surat. Saya yang akan tulis surat terus saya nak berjumpa (untuk) memberi penerangan (hal) ini kepada semua ADUN di Selangor,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
 Beliau berkata, tempoh sebulan akan diberi kepada Abdul Khalid untuk menjawab suratnya.

“Saya mohon kerajaan negeri untuk menerima kedatangan saya. Saya akan pergi ke mana-mana di Selangor untuk menjelaskan isu itu dan jika kerajaan negeri hanya berdiam diri elok sekiranya Khalid (Menteri Besar Selangor) meletak jawatan,” kata Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Baru-baru ini, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim mendakwa tender benih padi negara bernilai RM164.8 juta diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam UMNO.

Bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan itu dengan memperjelaskan bahawa mulai tahun ini, pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan dalam akhbar.

Beliau berkata, setiap permohonan dinilai tiga jawatankuasa kementerian bagi memastikan hanya syarikat memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih padi berkualiti dianugerahkan tender.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");