Perak Hari Ini

Pegang Kepada Bai’ah Dan Iltizam Terhadap Pucuk Pimpinan: DS Zambry

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru ahli-ahli UMNO supaya terus berpegang teguh kepada bai’ah serta iltizam yang dipupuk ketika Perhimpunan Agung Umno lalu bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada parti itu.

Beliau berkata, semangat dan kesedaran yang diperoleh dalam perhimpunan itu bukan hanya dizahirkan ketika perhimpunan berlangsung malah perlu diterjemahkan berdasarkan tindakan oleh ahli-ahli parti.

Katanya, komitmen serta janji yang diberikan kepada pucuk pimpinan itu bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan kedudukan selain merampas semula kerusi yang tewas di tangan pembangkang.

“Paling penting beri bai’ah kepada pucuk pimpinan iaitu dengan memberi bai’ah kepada Perdana Menteri selaku presiden bukan hanya kepada saya selaku pengerusi peringkat negeri tetapi paling penting kepada pucuk pimpinan parti,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di Ipoh hari ini.

Menurut beliau, perhimpunan Umno lalu memperlihatkan ahli-ahli Umno yang begitu semangat serta penuh kesedaran bagi melakukan anjakan baru.

“Kita telah memberi komitmen kita dan juga memberi bai’ah bahawa kita akan mengikut keputusan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan termasuk calon-calon pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.

Tambahnya, ahli-ahli parti yang berpotensi menjadi calon juga sudah sedia memberikan komitmen dan melahirkan hasrat untuk terus setia bersama kepimpinan yang bakal menentukan calon yang paling layak bertanding.

“Mereka tidak akan kecewa sekiranya mereka tidak dicalonkan dan mereka yang dicalonkan tidak boleh mengganggap ini sebagai keistimewaan namun mengambil ia sebagai cabaran dan amanah yang diberikan kepada mereka,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");