Jenayah

Pekerja kafe siber terkena tembakan selepas cuba lerai pergaduhan

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kafe siber cedera terkena empat das tembakan selepas cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Johar 4, Taman Desa Cemerlang di sini, semalam.

Mangsa, Lew Wek Shu, 37, cedera di bahagian belakang, bahu, perut dan lengan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10.15 malam itu.

Lew, yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Johor, berkata beliau sedang bekerja ketika terdengar pertelingkahan yang berlarutan kira-kira setengah jam.

“Saya cuba meleraikan pergaduhan tersebut tetapi dimaki hamun oleh mereka.

Bila mahu balik ke tempat kerja, saya dengar bunyi tembakan dan empat das terkena saya,” katanya sambil menambah beliau sempat duduk di kerusi kafe siber sebelum pengsan tidak lama selepas itu.

Lew dihantar ke Hospital Sultan Ismail sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Asisten Komisioner Nor Azizan Anan berkata 10 das tembakan dilepas secara rambang oleh seorang daripada lelaki tersebut dan empat das terkena mangsa.

Beliau berkata setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");