Perak Hari Ini

Perak Mahu Realisasi Konsep Negeri Berteraskan Ilmu Pengetahuan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan kerajan negeri Perak mempunyai fahaman atau konsep yang berbeza berhubung hala tuju pembangunan di negeri itu.

Katanya, selain maju, beliau juga berazam untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang berteraskan ilmu pengetahuan.

Beliau juga katanya, lebih suka menggunakan perkataan maju dalam erti kata sebuah negeri yang berasaskan ilmu pengetahuan atau sustainable state.

Jelasnya, terdapat beberapa elemen yang perlu diperbaiki sebelum mencapai status sebuah negeri maju.

“Kita tidak boleh semata-mata mahu mengejar konsep negeri maju tapi hakikatnya masih banyak perkara yang belum cukup  maju,” ujarnya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Beli-belah AEON Seri Manjung, dekat Sitawan, hari ini.

Menurut beliau, apa yang lebih penting bagi kerajaan negeri ialah bekerja dan berbincang dengan agensi kerajaan mengenai semua perkara yang perlu dilaksanakan di Perak.

Namun, Zambry berkata, selain mengejar status negeri maju, matlamat nasional meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 harus diberi keutamaan.

“Matlamat nasional mencapai negara maju 2020 perlu dicapai dan jangan dilupakan.

“Namun untuk mencapai matlamat negara maju seperti yang ditetapkan kerajaan, kita dalam konteks negeri Perak pada masa yang sama harus memenuhi dua konsep ini (sustainable and K-state),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");