Kolumnis

Perangai Buruk Nizar Terserlah Di Sidang DUN Perak

Kalau sudah dasar suka memfitnah dan melemparkan tohmahan jahat, PAS sememangnya mempunyai kepakaran khas dalam bidang itu lebih-lebih lagi setelah pak-pak lebai kulup itu bersahabat baik dengan Anwar Ibrahim.

Terbaru di sidang DUN Perak baru-baru ini, bekas Menteri Besar Perak yang gila kuasa, Datuk Seri Nizar Jamaluddin tanpa rasa bersalah telah menyebarkan tohmahan tidak berasas yang dibangkitkan di dalam sidang berkenaan.

Sebagaimana maklum, sidang DUN adalah tempat di mana Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri berbahas dan membincangkan soal dasar serta tindakan yang telah, sedang atau bakal diambil oleh Kerajaan Negeri pada masa akan datang.

Dalam hal ini, “boss” Nizar yang sering membonekakan bekas MB itu iaitu Ngeh Koo Ham telah mempersoalkan mengenai desas-desus yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah memberikan 35,000 ekar tanah kepada sebuah syarikat.

Syarikat berkenaan, Rahman Hydraulic kononnya menerima tanah tersebut dan pemiliknya dikatakan berkait rapat dengan kepimpinan UMNO di Perak.

Persoalannya, tidakkah Nizar dapat menilai tentang sebuah pertanyaan dengan sebuah kenyataan?

Dalam hal tersebut, Ngeh hanya bertanyakan soal kesahihan tersebut dan ia dijawab berdasarkan fakta oleh Datuk Dr. Zambry dengan baik tanpa sebarang keraguan.

Dr. Zambry berkata, sebenarnya ia perkhabaran tersebut hanyalah sebuah cadangan sahaja dan keputusan mengenai cadangan itu belum lagi diputuskan di mana ia mungkin akan ditolak atau sebaliknya.

Tiba-tiba saja Nizar pandai-pandai sebut di dalam Twitter mengatakan bahawa Ngeh sedang membongkar skandal pemberian 35,000 ekar tanah kepada salah sebuah syarikat kroni UMNO Perak.

Wajar dan adilkah tindakan Nizar itu?

Dengan menyebarkan fitnah tersebut di laman Twitter, Nizar bukan saja membawa keluar dakwaan di dalam sidang DUN yang kebal dari sebarang tindakan undang-undang, malah dia sebenarnya boleh disaman oleh Menteri Besar Perak atas tohmahan tersebut!

Mujurlah Datuk Dr. Zambry tidak berperangai buruk seperti Nizar dan puak-puak Pakatan Haram yang hobinya menyaman orang. Jika tidak, sudah tentu Nizar tidak dapat tidur malam memikirkan kes saman di mahkamah…

Persoalan di dalam perangai buruk Nizar ini, apakah rakyat suka dan masih sanggup menyokong seseorang yang suka membuat tohmahan jahat dan menyebarkan perkara yang tidak benar kepada mereka?

Orang seperti inikah yang layak didewa-dewakan oleh pak-pak lebai PAS di zaman ini?

Saya masih teringat tentang sikap dan akhlak para pemimpin PAS dulu-dulu di mana ketika parti itu dikuasai oleh golongan ulama, fitnah dan tohmahan langsung tidak pernah terbit dari kalam mereka.

Tidak ada seorang pun dari ulama-ulama PAS dulu yang bersikap buruk seperti Nizar dan mereka begitu profesional ketika duduk di kerusi pembangkang di sidang DUN dan membahaskan isu dalam suasana yang harmoni serta membina.

Namun sejak PAS dikuasai oleh golongan profesional “Erdogan” yang disuntik oleh gagasan “Anwarinas”, akhlak mahmudah di dalam PAS begitu ketara terhakis dan parti itu kini dilihat sangat kotor lebih dari “tong najis”…

Maaflah jika para penyokong PAS terasa dengan kenyataan tersebut, namun saya pasti bahawa kebenaran itu wajar ditelan biar pun pahit, bukan? Wallahua’alam…

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");