Berita Hari Ini

Pesara Kerajaan Disaran Terus Sumbang Bakti – KSN

Pesara kerajaan disaran untuk terus menyumbang bakti mereka kepada masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan atau melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Selain itu, beliau berkata pengalaman yang dilalui sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam juga boleh dizahirkan menerusi bentuk penulisan kreatif untuk sumber rujukan penjawat yang masih bertugas serta yang baru dilantik.

“Pengalaman yang ada pada pesara termasuk pegawai kanan kerajaan tidak boleh ditukar ganti kerana apa yang dilalui dan dirasai sepanjang berkhidmat tidak akan sama dengan yang melihat atau mendengarnya,” katanya dalam ucapan pada Majlis Khidmat Bakti Jabatan Perdana Menteri di sini Isnin.

Ali berkata untuk melahirkan penjawat awam yang berilmu bukan hanya dapat ditimba dari buku akademik sahaja tetapi juga dari kisah dan pengalaman kejayaan dan kerjaya seseorang.

Pada majlis itu, seramai 43 pegawai kanan kerajaan yang bersara dan 16 pegawai lantikan baharu diraikan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");