Jenayah

Polis Tahan Tiga Remaja Samun Kedai Serbaneka Bersenjatakan Parang

Polis menahan tiga remaja lelaki dalam tempoh 24 jam selepas mereka menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Tenaga, Cheras bersenjatakan parang pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek yang berumur lingkungan 16 dan 19 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Cheras selepas merompak kedai 24 jam itu pada pukul 8 pagi.

“Mereka mengambil 12 botol arak, lima kotak rokok dan sejumlah wang tunai sebelum melarikan diri dengan dua motosikal,” katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau berkata sebaik menerima maklumat, polis memburu suspek dan berjayamenahan dua daripadanya berhampiran tempat kejadian pada 4.45 petang manakalasuspek ketiga ditahan pada 1.40 pagi tadi berhampiran Jalan Ikan Emas.

Katanya, sebelum ditahan, suspek ketiga mencederakan seorang lelaki di FlatSri Johor ekoran satu pergaduhan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");