Sukan Hari Ini

Rodgers sasar empat terbaik

LONDON – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers (gambar) yakin skuad The Reds akan menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini dalam kelompok empat pasukan teratas.

Rodgers menyuarakan keyakinan itu meskipun Liverpool masih gagal untuk menampilkan aksi terbaik sepanjang musim ini.

Liverpool hanya sekadar mengutip 16 mata melalui kemenangan tiga kali daripada 14 perlawanan pada musim ini sekali gus menduduki tempat ke-12.

“Sudah tentu ini merupakan sasaran yang realistik,” kata Rodgers.

“Semua pasukan berlumba-lumba mengutip mata. Secara jujurnya, ia adalah satu tugas yang sukar tetapi itulah sasaran kami.

“Kami akan terus berusaha dan memastikan bahawa Liverpool akan berada hampir dengan kedudukan itu.”

Liverpool yang memenangi gelaran Liga Perdana England pada 1990, lebih hampir dengan zon penyingkiran berbanding dalam kelompok empat pasukan teratas yang memburu slot ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun, Rodgers perlu menambah kekuatan di posisi serangan bagi membantu Luis Suarez sebaik pintu perpindahan pemain dibuka bulan depan.

Situasi itu dianggap sebagai satu kaedah terbaik untuk memberikan keputusan yang positif selepas mengalami kekecewaan besar pada awal musim ini.

“Persaingan sangat sengit dan kami terpaksa menghadapi banyak perlawanan tetapi masih gagal untuk melakar kemenangan yang dicari-cari. Namun, kami bermain dengan baik,” katanya.

“Kini, kami perlu mengekalkan mental selaku pemenang. Sudah tentu, bulan depan menjadi peluang terbaik kami untuk memenangi hati lembaga pengarah. Saya teruja untuk menghadapinya.

“Saya memiliki keyakinan dengan kelompok pemain yang ada dan kami akan meneruskan peningkatan. Sekiranya saya tidak mempunyai keyakinan itu, saya perlu berasa bimbang,” katanya. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");