Jenayah

Seorang wanita mati disyaki dibunuh suami sendiri

ALOR SETAR – Seorang pembantu kedai ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya di Kampung Alor Gelegah, Mukim Derga di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi, wanita berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa akibat hentakan objek tumpul dan keras.

“Berdasarkan maklumat awal, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

“Di mana, jam kira-kira 2.15 pagi, kami telah menerima aduan mengenai pergaduhan antara pasangan suami isteri itu,” katanya.

Katanya, selepas pasangan ini bergaduh, mereka keluar dari rumah, dan pulang semula 15 minit kemudian bersama sebuah lagi motosikal yang ditunggangi seorang lelaki.

Namun, katanya, sesi pergaduhan antara pasangan yang baru mendirikan rumah tangga Jun lepas, berulang di kawasan depan rumah.

Polis menahan tiga suspek termasuk suami mangsa.

Suami mangsa merupakan seorang mekanik berumur 26 tahun manakala dua lagi suspek yang ditangkap, dipercayai rakan kepada suami Nur Fatimah berumur dalam lingkungan 20an.

Zakaria berkata, motif sebenar pembunuhan mangsa akan disiasat.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");