Perak Hari Ini

Skim Khairat Diberi Secara Terus Tahun Hadapan

Pemohon yang mendaftar di bawah skim khairat kematian akan menerima sumbangan terus daripada kerajaan negeri bermula tahun depan.

Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata bayaran tersebut akan dibuat melalui pejabat daerah yang akan dibayar terus kepada waris bagi mempercepatkan proses pemohonan.

Beliau berkata, program yang mula dilancar pada tahun 2010 itu memberi sumbangan berjumlah RM2000 kepada waris pemohonan skim berkenaan.

“Melalui pembentangan bajet yang kita bentangkan semalam, bermula tahun depan kita akan memberhentikan program itu dan menggantikannya menerusi pembayaran secara terus kepada waris,” kata beliau.

Hamidah berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Adun (PAS- Selinsing) Husin Din mengenai jumlah penerima yang menerima sumbangan skim khairat disediakan oleh kerajaan negeri dan peruntukan yang telah digunakan dalam persidangan dewan negeri, hari ini.

Beliau berkata, Program Takaful Tabaruk yang diperkenalkan pada tahun 2010 itu seramai 150,016 peserta telah berdaftar dan 324 waris telah membuat tuntutan yang berjumlah RM648,000.

Katanya, penerima bantuan khairat yang layak menerima sumbangan itu antaranya ialah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Orang Kelainan Upaya (OKU) Baitumal, Ketua isi rumah Orang Asli, pesara tentera dan polis serta imam dan paderi.

Hamidah berkata, beliau juga menyambut baik cadangan untuk meneruskan skim khairat kematian tersebut pada masa hadapan.

“Saya tertarik dengan cadangan untuk melaksanakan pendaftaran skim secara online yang  boleh diuruskan oleh pihak UPEN,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Adun (BN-Kubu Gajah), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Jelasnya, pendaftaran secara online itu akan memudah proses pemohonan serta mempercepatkan proses bayaran kepada waris yang memohon.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");