Perak Hari Ini

Tajol Rosli Undur Diri Bertanding PRU-13

Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali hari ini mengumumkan keputusan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu membuat pengumuman tersebut ketika sesi membahaskan Bajet 2013 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang memasuki hari kedua, hari ini.

“Saya membuat pengumuman ketika masih berada dalam dewan kerana ingin mengambil kesempatan meminta maaf kepada semua ahli dewan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan tidak mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu yang disandangnya kini.

Memulakan karier politik ketika bertanding untuk kerusi Dun Kenering pada tahun 1977, Tajol memberitahu keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya adalah tepat memandangkan beliau sudah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 35 tahun.

“Saya pasti pilihan raya diadakan tahun depan dan ia bermakna perkhidmatan sebagai wakil rakyat sudah 36 tahun jadi sudah tiba masa untuk saya bersara,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan beliau menarik diri untuk bertanding tidak memberi tekananan kepada mana-mana wakil rakyat yang sudah lama dalam bidang politik kerana ia hanyalah keputusan peribadinya.

“Keputusan itu terpulang kepada hak masing-masing,” jelasnya.

Walaubagaimanapun beliau menyambut baik sekiranya terdapat mana-mana wakil rakyat yang ingin mengikut jejaknya namun tetap sokong sekiranya mereka merasakan diri mereka masih layak untuk bertanding.

Mengenai peluang BN pada pru, beliau positif bahawa BN boleh mempertahankan menang kerana mempunyai beberapa kerusi selesa di Parlimen Grik, Lenggong, Parit, Larut, Bagan Datoh, Pasir Salak, Tapah dan Kuala Kangsar,

“BN akan mula dengan 25 kerusi selesa manakala DAP bermula dengan 16 kerusi yang boleh dianggap kerusi selesa jadi kita ada 16 kerusi yang boleh dimenangi sesiapa dan yakin BN boleh menang walapun dengan majoriti yang tidak banyak,” katanya lagi.

Sementara itu, Zambry menyifatkan mantan Menteri Besar itu sebagai insan yang istimewa memandangkan beliau banyak memberi bimbingan kepada ahli parti.

“Beliau merupakan ahli politik yang berpengalaman dan sudah berada di pentas politik selama lebih 30 tahun dan kami sentiasa mendapat panduan serta tips untuk jadi seorang ahli politik yang baik,” tambahnya.

Sebelum membuat pengumuman untuk tidak lagi bertanding, Tajol Rosli pernah melepaskan jawatan  sebagai Pengerusi UMNO dan BN Perak pada 29 Januari 2009 dan Pengerusi UMNO dan BN Grik pada 29 Mac 2009.

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 3 Disember 1999 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib selama dua penggal sebelum diambil alih oleh pembangkang pada pilihanraya 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");