Sukan Hari Ini

Tiada masalah: Azman

Sebahagian atlet Malaysia tiba di Laos untuk menyertai AUG ke-16 bermula esok.

Vientiane, Laos: Walaupun menghadapi aksi sukar pada perlawanan pembukaan, skuad bola sepak negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) dilihat tidak menghadapi sebarang masalah mengutip mata penuh pada perlawanan pembukaan menentang tuan rumah, Laos, hari ini.

Yang pasti kehadiran skuad kendalian Azman Eusoff ke bumi Laos adalah untuk memperbaiki rekod gagal melepasi peringkat kumpulan pada saingan AUG di Chiangmai, Thailand dua tahun lalu seterusnya merealisasikan impian pingat emas diletakkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Kami mahu kemenangan dan akan bangkit daripada prestasi ketika di Chiangmai sekali gus memperbaiki pencapaian itu.

“Kami memiliki skuad yang berpengalaman dan pemain yang saling memahami cara permainan masing-masing. Selagi pemain boleh bertenang dan bermain dengan kemampuan mereka, saya percaya Malaysia mampu meraih keputusan baik,” kata pengurus pasukan, Mustaza Ahmad mengenai peluang skuad bola sepak negara di AUG edisi ke-16 itu.

Skuad kali ini diperkuatkan beberapa tonggak berpengalaman antaranya – K Reuben, Mohd Norhafizzuan Jailani, Khairul Akhyar Husain (penyerang), Saiful Ridzuwan Selamat (tengah), Aiman Syazwan Abdullah (pertahanan) dan Afif Aizad Azman (penjaga gol).

Sementara itu, Reuben berkata saingan mencapai sasaran emas sesuatu yang membebankan tetapi ia perlu dilihat daripada sudut positif.

– BERITA HARIAN
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");