Perak Hari Ini

Tindakan Kerajaan Kelantan Lulus Tanah Kepada Pemimpin DAP Terus Dipersoalkan

Isu kelulusan tanah oleh kerajaan PAS Kelantan kepada pemimpin DAP Perak terus mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk masyarakat luar Kelantan kerana tindakan tersebut dilihat seolah-olah telah mengkhianati rakyat negeri tersebut yang selama ini menyokong penuh kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Di Perak, rata-rata rakyatnya berpendapat tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang itu sewajarnya diserahkan kepada rakyat Kelantan bagi menjana serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk negeri tersebut yang masih berada di paras rendah.

Pesara tentera, Wahab Bakar, 65, berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan masih terdapat ramai penduduk Kelantan yang berdepan dengan masalah pemilikan tanah.

“Sepatutnya tanah itu diberi kepada rakyat Kelantan dan kerajaan negeri kena pandang ke hadapan kerana saya lihat pemberian tanah ini boleh mengundang bermacam masalah…statusnya mungkin boleh ditukar menjadi tanah pertanian atau dibangunkan menjadi kawasan perumahan,” katanya.

Wahab berkata lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat muslihat atau helah di sebalik penerimaan tanah pemimpin DAP daripada kerajaan PAS Kelantan.

“Kita tahu di Gua Musang merupakan penempatan orang Melayu dan dengan keluasan tanah itu, beribu orang boleh duduk di situ. Jika kelulusan diberi kepada bangsa asing, maka pada masa akan datang, majoriti kawasan itu akan didiami oleh bangsa asing. Mungkin ada muslihat yang tersirat dan kalau tidak, kenapa harus diberi kepada orang politik,” tambahnya.

Bagi Suhaimi Derais, 54, kerajaan PAS Kelantan tidak sepatutnya menganaktirikan penduduk negeri melalui penganugerahan tanah kepada orang luar demi kepentingan politik parti terbabit memandangkan majoriti rakyatnya masih dibelenggu kemiskinan.

Sebagai sebuah kerajaan, PAS Kelantan sewajarnya bijak menarik pelabur-pelabur asing ke negeri tersebut bagi membawa pembangunan serta melonjakkan ekonomi serta pendapatan penduduk tempatan, katanya.

“Di negeri Kelantan, tahap ekonomi rakyatnya masih rendah dan kita lihat ramai rakyat Kelantan berhijrah ke luar untuk mencari nafkah contohnya di Kuala Lumpur.

“Apa salahnya hasil bumi di negeri tersebut diagih-agihkan dan diberi kepada rakyat Kelantan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Hamzah Kassim 71, pula berkata, sebagai anggota masyarakat yang prihatin, beliau bimbang nasib serta masa depan generasi muda Kelantan selepas kerajaan negeri itu bertindak meluluskan tanah berkenaan demi kepentingan politik.

Katanya, sekiranya tindakan pemberian tanah itu tidak dibendung, ia dikhuariti akan merebak dan meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat khasnya generasi muda yang mungkin akan berdepan dengan masalah pemilikan tanah dalam tempoh puluhan tahun akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");