Kolumnis

TV PAS Boikot Abdul Hadi Awang?

SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu “glamour”kan dirinya dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan “dosa”nya mengenai amanat “sesat” 1981.

Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO.

Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan “muka tak seberapa hensem”nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk tontonan seluruh negara di waktu puncak.

Persoalannya, bukankah pada muktamar yang lepas PAS begitu bongkak menganjurkan agar seluruh komrad-komradnya untuk memboikot media-media arus perdana seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media yang kononnya tidak menyebelahi PAS?

Jadi, apa perlunya kini Hadi “menjilat” kembali “kahak hijau” yang “diludah” PAS pada muktamar tersebut? Mahu satu slot selama satu jam khas diberikan padanya di media-media yang diboikot PAS? Tak malu, kah?

Lagipun, saya yakin bahawa PAS kini memiliki “stesen TV”nya sendiri iaitu “TV PAS”. Apakah TV PAS itu belum cukup berpengaruh untuk digunakan bagi memperjelaskan amanat sesatnya itu?

Takkanlah pula TV PAS tergamak untuk memboikot Presidennya sendiri? Panggil saja para pencacai PAS yang suka memutar belit berita itu membuat liputan khas. Pakailah sampai 24 jam pun tiada siapa yang nak larang!

Sebetulnya, Hadi tidak pun memerlukan tempoh selama 1 jam untuk menghuraikan kekusutan yang dia lakukan terhadap umat Islam di seluruh negara.

Hadi hanya perlu mengaku salah tentang amanatnya itu dan menarik balik tindakannya pada tahun 1981 dulu yang telah memecah belahkan umat Islam di negara ini sehingga ada di kalangan kita yang bercerai berai dan putus silaturrahim sesama saudara sendiri.

Lebih malang lagi, ada anak yang tidak mengaku ibu kandung sendiri sebagai ibu yang melahirkannya dan ada pula bapa tua yang dihalau keluar dari rumah oleh anaknya hanya kerana menyokong UMNO.

Itu semua disebabkan oleh keceluparan mulut Hadi! Bukan setahun dua dosanya itu, malah generasi yang lahir pada tahun dia melampiaskan nafsu politiknya itu kini sudah berumah tangga dan beranak pinak di seluruh Malaysia!

Pada saya, untuk meminta maaf, menarik balik amanat sesat itu dan bertaubat untuk tidak mengulangi tindakan tidak adil itu hanyalah memerlukan masa dalam lingkungan 5 minit saja dan tidak perlu memakan masa sehingga satu jam pun.

Apa yang perlu ialah keikhlasan Hadi untuk membersihkan kekeruhan yang dilakukan puluhan tahun lalu dan bersedia untuk menanggung dosanya jika permohonan maafnya itu tidak dimaafkan oleh umat Islam di negara ini.

Persoalannya, ikhlaskah dan sedarkah Hadi tentang keceluparannya dulu? Atau dia hanya mahu meng“glamour”kan diri di kaca televisyen?

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");