Isu Panas

UMNO Kelantan Desak SPRM Siasat Projek Balak Pemimpin DAP

UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara yang sebenar.

“Kita dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan sudah menjadi ‘public interest’.

“Rakyat seluruh negara terutama Kelantan mahu mengetahui sama ada isu itu benar, fitnah atau dongeng dan perkara ini perlu kepada satu penjelasan yang tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mahabbah Imam Muda di Pondok Moden di Jeli, hari ini.

Isu itu timbul apabila salah sebuah blog Pro Kerajaan Pisau.net mendakwa Nik Aziz menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Susulan tuduhan tersebut, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham semalam menyangkal dakwaan yang disifatkan beliau sebagai satu bentuk fitnah terhadap pimpinan Pakatan.

– klpos.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");