Berita Hari Ini

Yuran Pembantu Rumah Perlu Munasabah – Subramaniam

Bayaran yuran kepada agensi pembantu rumah tidak boleh terlalu mahal, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Sabtu.

“Bagi jangka panjang, saya bersetuju bahawa kuasa pasaran sebenarnya perlu menentukan yuran itu, tetapi pada masa yang sama mereka perlu munasabah dan relevan kepada keperluan rakyat,” katanya selepas melancarkan Konvensyen Sai Baba Dunia pertama di bangunan Maha Mariammaman, Kuala Lumpur.

Subramaniam berkata, beberapa agensi mempunyai yuran setinggi RM12,000 setiap pembantu rumah, terlalu mahal bagi kebanyakan penduduk tempatan.

Kerajaan Malaysia dan Indonesia sebelum ini bersetuju untuk sekali yuran RM4, 511 kepada agensi untuk setiap pembantu rumah.

Bagaimanapun, banyak agensi melihat yuran itu terlalu rendah, yang menyebabkan kedua-dua kerajaan mengkaji semula bayaran berkenaan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");