Isu Panas

DAP Tak Layak Bercakap Soal Rasuah, Terbukti Kena Batang Hidung Sendiri

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron menganggap bahawa pelbagai pendedahan yang berkait dengan kepimpinan DAP menjadi bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri sebagaimana menepuk air dalam dulang.

Katanya, kecenderungan kepimpinan DAP yang mengamalkan monopoli khususnya dalam politik, ekonomi dan sosial adalah penyumbang utama kepada amalan rasuah secara berleluasa.

“Selama ini kepimpinan DAP sering membuat tuduhan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan khususnya berkaitan rasuah dan kronisme tetapi pelbagai insiden yang berlaku secara tidak langsung menjadi gambaran bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah lebih sesuai untuk parti mereka sendiri,” katanya.

Sebelum ini, DAP yang mentadbir Pulau Pinang telah ditempelak lantaran kegagalan mereka menterjemah slogan Cekap, Akauntibiliti, Telus (CAT) sebaliknya banyak projek-projek kerajaan negeri yang diberikan secara terus dan tanpa tender selain siri pendedahan perlakuan rasuah kepimpinan DAP seperti isu rasuah Tunku Aziz dan juga isu rasuah tanah terhadap dua orang kepimpinan tertinggi DAP Perak.

“Kesalahan parti terbabit bukan hanya berkaitan rasuah tetapi lebih dari itu kerana mereka melakukan penipuan dan bersikap hipokrit terhadap pihak lain.

“Sikap licik sedemikian tidak boleh dianggap mudah kerana ia menjadi bukti bahawa mereka ini tidak boleh diberi kepercayaan apatah lagi untuk diamanahkan sebagai ketua negara.”

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, tuduhan kepada UMNO/BN, pelbagai slogan dan lakonan yang dipaparkan adalah ‘wayang kulit’ bagi mengaburkan mata rakyat dengan amalan monopoli yang mereka laksanakan.

“Monopoli politik ini bukan hanya menyumbang kepada amalan rasuah yang berleluasa tetapi ia juga ia turut memberi kesan negatif kepada masyarakat lantaran sikap kronisme yang ada dan hanya bertumpu kepada orang tertentu semata-mata.

“Lihat saja bagaimana kepimpinannya dimonopoli oleh ahli keluarga yang melibatkan bapa, anak dan menantu untuk berkuasa dan mempunyai kedudukan pada satu waktu walhal kononnya pemilihan dibuat,” katanya yang tidak menolak kebarangkalian wujudnya amalan pembelian undi dalam pemilihan.

Bidas beliau lagi, lebih parah apabila tingkah DAP turut menerapkan rasuah dan perkauman dalam pentadbiran mereka.

“Kenyataan Naib Pengerusi baru DAP Senator Dr Ariffin S M Omar yang menyatakan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam juga adalah bersifat perkauman dan menyumbang kepada bahaya besar negara.

“Jangankan bangsa lain dalam bahaya malah bangsa Cina sendiri juga akan turut terbiar lantaran sikap politik monopoli yang mana akan memihak kepada kroni dikalangan mereka saja tanpa memberi ruang dan peluang kepada orang lain.”

Tambahnya, sememangnya DAP tak layak untuk bercakap soal rasuah dan ‘bersih’ jika setiap persoalan yang timbul tidak diberi penjelasan.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");