Perak Hari Ini

Dasar Pembangunan BN Tiada Diskriminasi: DS Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan dasar pembangunan di Lembah Kinta terutamanya di bandar raya Ipoh akan terus dilaksanakan tanpa mengambil kira soal politik dan tahap sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh hari ini, beliau memberitahu bukan 100 peratus kawasan Lembah Kinta dikuasai oleh pihak pembangkang.

“Tidak semestinya 100 peratus kawasan Lembah Kinta ini dikuasai pembangkang seperti Tambun, Kampar dan sebelum ini Gopeng. Dahulunya, Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat pun BN pernah menang.

“Yang penting, Ipoh adalah ibu negeri Perak, mempunyai populasi penduduk yang besar dan sudah mendapat taraf bandar raya.

“Rakyat sudah membayar cukai dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, maka kita perlu mengurus dan mentadbir dengan baik agar rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

“Soal sokong BN atau tidak itu soal politik,” katanya lagi.

Mengulas pembangunan Flat Waller Court, Zambry berkata, 10 syarikat telah mengemukakan tender secara terbuka untuk membangunkan kawasan itu.

Katanya, daripada kesemua syarikat itu, tujuh daripadanya telah dipanggil oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menjelaskan perancangan mereka bagi menjayakan projek berkenaan.

“MBI akan membuat penilaian bagi mengenalpasti syarikat mana yang mampu memberi tawaran terbaik kepada penduduk Flat Waller Court.

“Kerajaan negeri mahu memastikan penduduk mendapat kediaman yang lebih baik dan seterusnya dapat hidup dengan selesa berbanding sekarang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");