“Marah” sungguh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi pada Presiden DAP, Karpal Singh, yang mahu Majlis Syura PAS mengkaji semula tentang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.
Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Nasrudin mahu Karpal agar tidak turut campur dalam hal ehwal “rumahtangga” PAS dan dia menegaskan bahawa Dewan Pemuda pimpinannya menyokong keputusan tersebut.
Baru sekarang Ketua Dewan Pemuda PAS nak bersuara? Ke mana dia pergi selama 5 tahun sejak bersekongkol dan PAS berada di bawah telunjuk DAP?
Ke mana hilangnya suara Nasrudin Tantawi ketika mana perjuangan menubuhkan Negara Islam “ala-ala PAS” dilenyapkan begitu saja oleh DAP?
Mana Nasrudin menghilang ketika perjuangan melaksanakan hukum hudud dibuang terus dari “kitab suci PAS”?
Di mana pula suara Nasrudin ketika Datuk Dr. Hasan Ali “dipecat” Azmin Ali dan Anwar Ibrahim walaupun jelas mereka adalah individu yang bukannya ahli PAS dan berjasa kepada parti itu?
Ketika PAS memutuskan untuk membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, apakah Nasrudin redha dan setuju dengan keputusan parti ikutannya itu?
Mengapa ketika itu dia tidak bantah keputusan Hadi dan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat? Atau Dewan Pemuda PAS memang sebenarnya tidak berpendirian dalam mempertahankan tentang kepentingan Islam?
Mana perginya Dewan Pemuda PAS ketika golongan “liberalisme anwarinas” seperti Khalid Samad dan Mat Sabu mempertahankan kehendak DAP yang mahu melihat kalimah “Allah” tercemar di Semenanjung Malaysia dan digunakan sesuka hati tanpa mengira sensitiviti ummah?
Takkanlah Dewan Pemuda PAS mengharapkan Taib Azamuddin, Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan konco-konconya yang lebih mirip mahu menjatuhkan PAS?
Kalau sekarang baru nak bersuara, nampak sangat Pemuda PAS jenis yang bagaikan “lembu dicucuk hidung” oleh pucuk pimpinan PAS. Tak ada pendirian dan tidak mempunyai keberanian golongan muda.
Inikah barisan Pemuda PAS yang dikatakan bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan parti itu sekarang? Padanlah Dewan Pemuda PAS diibaratkan pemimpin mereka sebagai “buih pepsi cola”..!
Memandangkan PAS sekarang sudah berada di bawah telunjuk DAP, Nasrudin ikut sajalah kehendak Karpal Singh itu. Tak payahlah nak bising tak tentu hala. Silap haribulan, kena tarik telinga dengan Hadi atau Nik Aziz!
Lagipun, siapa Nasrudin nak membidas Karpal Singh? Karpal boleh diibaratkan seolah-olah “Mursyidul Am” di dalam Pakatan Haram. Dengan hanya menyanggah “fatwa” Karpal, mungkin Nasrudin akan terlepas peluang untuk menjadi calon PRU ke-13 nanti. Sanggup?
– PANDORA