Perak Hari Ini

Insiden Pegawai HEP Tampar Mahasiswa Perak Di Mesir Disiasat

Kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci mengenai tindakan seorang pegawai hal ehwal pelajar di Mesir yang didakwa menampar seorang mahasiswa Perak sebelum mengambil tindakan yang seterusnya, demikian menurut Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, seorang pegawai telah dihantar ke Mesir untuk menyiasat dan mengumpulkan maklumat berhubung kejadian itu.

“Kita tunggu laporan penuh dulu dan bagi saya pegawai yang didakwa menampar mahasiswa Perak itu adalah seorang yang cukup lemah lembut dan itu adalah tindakan terakhirnya untuk pukul orang…tentu ada perkara yang berlaku di luar kesabarannya hingga beliau bertindak sedemikian,” katanya lagi kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang dan Mesra Jiran 1Komuniti di Kompleks Rakan Muda Kamunting, dekat Taiping, hari ini.

Beliau mengulas desakan pihak tertentu yang mahu kerajaan negeri mengambil tindakan memanggil pulang pegawai terbabit yang didakwa telah menampar seorang mahasiswa Perak yang menuntut di Mesir.

Zambry menjelaskan lagi, beliau tidak mahu membela mana-mana pihak sebaliknya kerajaan negeri perlu mendapatkan laporan penuh mengenai kejadian yang telah berlaku itu.

“Walaupun ada pihak menggesa kita memanggil pulang pegawai itu, buat masa ini saya tidak mahu melakukannya lagi.

“Kita tunggu sehingga dapat laporan penuh sebelum ambil tindakan seterusnya nanti,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");