Program Basmi Kemiskinan

Isu Penempatan Penduduk Kampung Ulu Tupai Dan Tupai Emas, Dekat Taiping Selesai

Kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 13.2 hektar untuk menjayakan projek penempatan rakyat berpendapatan rendah di bawah kelolaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang membabitkan 21 peserta dari Kampung Ulu Tupai, dekat Taiping.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dengan usaha yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN), masalah penempatan penduduk yang dalam keadaan serba daif akan dapat diselesaikan apabila projek berkenaan siap kelak.

“Selain memperuntukkan tanah untuk menjayakan projek itu, sejumlah RM3 juta diluluskan oleh Perdana Menteri bagi menyediakan infrastruktur asas yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas program Turun Padang Di Parlimen Taiping, kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, masalah penempatan setinggan di Tupas Emas bakal diselesaikan tidak lama lagi kerana Pejabat Tanah Daerah Larut Matang sedang memproses permohonan geran hak tanah membabitkan 33 penduduk di situ.

Jelasnya, sebelum ini, penduduk mendesak kerajaan supaya menyerahkan dahulu Borang Tawaran 5A kepada mereka.

“Sebenarnya permohonan mereka sudah diluluskan dan saya minta Pegawai Daerah ambil maklum perkara ini supaya proses pengeluaran borang tawaran itu dapat dipercepatkan.

“Proses pengeluaran geran ini agak mengambil masa dan kita jangka masalah penempatan masyarakat India di kawasan Taiping akan dapat diselesaikan tidak lama lagi,” kata Zambry.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan BN mengotakan janji untuk menyediakan rumah mampu milik dan pelbagai kemudahan kepada rakyat.

“Kerajaan memberi subsidi harga rumah sebanyak RM20,000 bagi setiap rumah dan pemilik hanya perlu menjelaskan RM45,000 dengan bayaran RM150 sebulan bagi tempoh 25 tahun,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");