Sukan Hari Ini

Kelab divisyen tiga malukan Liverpool

OLDHAM, United Kingdom – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menyelar pemainnya selepas Reds tewas 2-3 kepada kelab divisyen tiga Oldham Athletic pada pusingan keempat Piala FA, semalam.

Penyerang Oldham, Matt Smith menjadi pemain terbaik perlawanan di Boundary Park apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya pada minit ketiga dan ke-45.

Luis Suarez hanya mampu meledak satu gol buat Liverpool minit ke-17.

Tandukan Reece Wabara pada minit ke-48 membolehkan Oldham menjarakkan kedudukan jaringan sebelum pemain Liverpool Joe Allen menjaringkan gol kedua 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Liverpool menjadi kelab Liga Perdana Inggeris kelima tersingkir pada pusingan awal kejohanan tersebut musim ini sekali gus memberi tekanan buat Rodgers.

“Matt Smith adalah pemain yang bagus dan kami pernah menghadapi situasi sama sebelum ini.

“Tiada alasan untuk menghadapi saingan Piala FA ini kerana kami meletakkan pasukan yang hebat untuk memenangi perlawanan ini namun gagal meraihnya,” kata Rodgers.

Rodgers kecewa melihat prestasi pemain kurang memberansangkan terutama pemain muda yang diberikan peluang beraksi.

“Kami berkunjung ke sini dengan prestasi yang amat baik namun kecewa selepas tamat perlawanan.

“Saya juga amat kecewa dengan pemain muda kerana mereka telah diberikan peluang untuk membuktikan mereka boleh bermain.

“Kami hilang tumpuan dan hanya dapat memperbaiki rentak perlawanan pada 35 minit terakhir. Tahniah buat Oldham,” kata Rodgers. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");